Pemindahan Dokumen ke Aplikasi Whatsapp

12 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2023, telah diadakan Pembelajaran Pemindahan Dokumen ke Aplikasi Whatsapp bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Pembelajaran kali ini Bersama salah seorang komuniti Felda Pasoh 2. Staf PEDi memberi tunjuk ajar cara muatnaik dokumen daripada komputer ke aplikasi Whatsapp.

Peserta terlebih dahulu perlu log in ke dalam whatsapp web, kemudian peserta boleh muatnaik dokumen tersebut kepada kenalan dalam aplikasi Whatsapp, setelah selesai peserta perlu log out daripada whatsapp web bagi tujuan keselamatan agar whatsapp tidak diceroboh oleh yang tidak bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali