Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2

24 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2023, telah diadakan Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pembelajaran kali ini terbahagi kepada 3 sesi. Sesi Pertama pembalajaran ICT iaitu “Pengenalan Kepada Komputer dan Pekerjaan Saya”. Staf PEDi memperkenalkan peralatan Set komputer seperti Monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara, alat mendengar dan mesin pencetak.

Kemudian sesi mengenali “Pekerjaan Saya”. Sesi yang ke 2 adalah sesi “Volcano Experiment” bersama kanak-kanak tabika. Staf PEDi membuat demo letusan gunung berapi menggunakan 3 bahan iaitu cuka, baking soda dan pewarna makanan. Kemudian giliran kanak-kanak tabika pula memcuba untuk demo letusan gunung berapi. Sesi yang ketiga adalah sesi soal jawab mengenai peralatan komputer. Staf PEDi bermain soal jawab bersama kanak-kanak Tabika KEMAS. Kepaa yang Berjaya menjawab soalan dengan betul, akan diberi hadiah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali