Sistem Pengurusan Tanah atas Talian

17 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mei 2023, telah diadakan sesi pembelajaran Sistem Pengurusan Tanah atas Talian di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Pada kali ini, staf PEDi membantu waris peneroka Felda dalam mengisi borang ambil alih harta pusaka secara atas talian Tanah (MyeTapp). Staf PEDi memberi garis panduan kepada peserta untuk mendaftar sebagai pengguna baru MyeTapp.

Setelah Berjaya membuat pendaftaran, Staf PEDi menunjukkan cara untuk mengisi maklumat pemohon serta pengisian borang A yang memerlukan maklumat pemilik geran yang telah meninggal dunia, maklumat waris yang terlibat, serta maklumat geran untuk tujuan menukar nama pentadbir yang baru. Setelah selesai, staf PEDi mengingatkan peserta untuk menyemak borang terlebih dahulu, sebelum klik butang hantar, borang tersebut perlu dicetak untuk dihantar kepada pesuruhjaya sumpah dalam tempoh masa sebulan daripada tarikh penghantaran borang secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali