Sistem Pengurusan Tanah atas Talian

7 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Jun 2023, telah diadakan sesi pembelajaran Sistem Pengurusan Tanah atas Talian di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pembelajaran kali ini bersama waris peneroka Felda Pasoh 2. Staf PEDi membantu waris peneroka dalam mengisi borang ambil alih harta pusaka secara atas talian, di laman sesawang Sistem Pengurusan Tanah (MyeTapp).

Staf PEDi memberi garis panduan kepada waris peneroka untuk mendaftar sebagai pengguna baru MyeTapp. Setelah Berjaya membuat pendaftaran, Staf PEDi menunjukkan cara untuk mengisi maklumat pemohon serta pengisian borang A yang memerlukan maklumat pemilik geran yang telah meninggal dunia, maklumat waris yang terlibat, dokumen bank, geran kenderaan dan senarai hutang si mati. Di samping itu, waris diingatkan untuk menyediakan dokumen yang diperlukan bagi memudahkan waris melengkapkan borang A tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali