KDB Talk “Online Grooming”

16 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mei 2023, telah diadakan KDB Talk bertajuk “Online Grooming” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi KDB Talk ini berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Pada kali ini, staf PEDi memberi penerangan mengenai maksud Online Grooming. Di samping itu juga, staf PEDi turut memberi penerangan bagaimana pemangsa mencari mangsa terutamanya melalui sosial media.

Selain daripada itu, peserta turut dipertontonkan dengan contoh video perbualan melalui aplikasi WhatsApp antara pemangsa dan mangsa. Para peserta juga diingatkan supaya berhati-hati dengan kenalan di internet dan sentiasa menjadikan ibu bapa dan ahli keluarga untuk berkongsi masalah yang dihadapi, elak untuk berkongsi dengan orang yang tidak dikenali. Terdapat juga sesi soal jawab mengenai topik online grooming bagi memastikan peserta faham mengenai topik Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali