Kelas STEM (Uji Minda) dan Pengenalan Kepada Microsoft Power Point (Tahun 4, 5 & 6) - Siri 1

22 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Kelas STEM (Uji Minda) dan Pengenalan Kepada Microsoft Power Point (Tahun 4, 5 & 6) - Siri 1” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama pelajar tahun 4, 5 dan 6. Pada permulaan pelajar diberi aktiviti STEM iaitu berkaitan soalan di luar kotak bagi menguji minda peserta.

Seterusnya, para peserta belajar mengenai Microsoft Powerpoint dan cara menggunakan Microsoft Powerpoint. Antara yang dipelajari oleh para peserta adalah cara memilih design slide presentation, cara memilih layout, cara memasukkan slide baru, cara memasukkan smart art and shape dan cara memasukkan gambar serta mengedit latar belakang gambar tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali