Pengenalan Kepada Powerpoint Tahun 4 5 & 6 - Siri 2

23 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Pengenalan Kepada Powerpoint Tahun 4 5 & 6 - Siri 2” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Pembelajaran kali ini merupakan sambungan kepada siri pertama bersama pelajar tahun 4, 5 dan 6.

Pembelajaran Microsoft powerpoint kali ini adalah berkaitan “transition” dan “animation” yang perlu peserta gunakan bagi menghias slide presentation powerpoint mereka. Pada permulaan staf PEDi menunjukkan cara untuk memasukkan “transition” dan “animation” ke dalam slide, kemudian peserta mula mengaplikasikan “transition” dan “animation” ke dalam slide presentation mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali