Program Peneroka Sejahtera Malaysia Madani

26 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Julai 2023, telah berlangsungnya Program Peneroka Sejahtera Malaysia Madani bertempat di Perkarangan Dewan Felda Pasoh 2. Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Racangan Felda Pasoh 2 yang melibat kerjasama semua organisasi dan sekolah-sekolah dalam Felda Pasoh 2. PEDi Felda Pasoh 2 telah dilantik menjadi biro multimedia dan sebagai pengacara majlis Perasmian dan Penutupan Peneroka Sejahtera Malaysia Madani.

Program bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 1.00 petang. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Razi bin Mohd Ali, Pengerusi DUN Sungai Lui. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya senam Aerobik, gubahan telekung, pertandingan masakan berasaskan sawit, 10 acara sukaneka yang terdiri daripada pelbagai kategori, pameran Inovasi bahan api berasaskan sawit oleh pelajar sekolah menengah Felda Pasoh 2, jualan usahawan dan cabutan bertuah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali