Pendaftran Gmail

12 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun 2023, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftran gmail” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 3.30 petang. Pembelajaran kali ini ialah bersama puan Azian. Staf PEDi membantu beliau untuk membuat pendaftaran akaun gmail di telefon pintar beliau. Staf PEDi memberi garis panduan untuk membuka akaun gmail. Selain daripada itu, staf PEDi juga memberi panduan mencipta kata laluan yang selamat untuk akaun gmail tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali