Pendaftaran Peniagaan Baru Secara atas Talian

3 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 02 September 2023, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran Peniagaan Baru Secara atas Talian” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pembelajaran kali ini ialah bersama puan Izzati salah seorang Usahawan PEDi Felda Pasoh 2 untuk membuat pendaftaran perniagaan baru.

Terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan oleh puan Izzati sebelum mendaftar iaitu memasukkan Salinan kad pengenalan dan gambar memegang kad pengenalan diri. Selain daripada itu, puan Izzati Perlu memilih tarikh temujanji bersama SSM melalui panggilan video aplikasi Whatsapp.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali