Pendaftaran SSM

6 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Ogos 2023, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran SSM” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pembelajaran kali ini ialah bersama puan Izzati yang ingin mendapatkan garis panduan daripada staf PEDi untuk membantu beliau membuat pendaftaran SSM yang baharu. Staf PEDi menunjukan cara untuk mendaftarkan nama syarikat perniagaan dan pemilihan kod Perniagaan atau perkhidmatan yang puan Izzati jalankan untuk perniagaan beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali