SSM Online Registration - Part 2

10 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Jun 2023, telah diadakan sesi pembelajaran “SSM Online Registration -part 2” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini ialah bersama puan Nor Bayti, salah seorang usahawan di Felda Pasoh 2. Setelah Puan Nor Bayti mendapat panggilan video call daripada SSM untuk pengesahan pendaftaran SSM, beliau telah berkunjung ke PEDi untuk mendaftarkan perniagaan beliau.

Setelah membuat semakan di PEDi, puan Nor Bayti boleh mendaftar SSM secara percuma melalui Skim Perniagaan prihatin (SPPP) kerana beliau merupakan usahawan kumpulan B40. Staf PEDi membantu beliau untuk melengkap maklumat yang diperlukan sehingga ke selesai sesi pendaftaran SSM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali