SSM Online Registration

23 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mei 2023, telah diadakan sesi pembelajaran “SSM Online Registration” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini ialah bersama Puan Nor Bayti, salah seorang usahawan di Felda Pasoh 2. Staf PEDi membantu beliau untuk mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara atas talian.

Staf PEDi memberi garis panduan untuk mendaftar ke dalam web rasmi SSM, serta memastikan usahawan mengisi maklumat yang diperlukan oleh SSM serta memuat naik dokumen yang diperlukan oleh SSM. Setelah Berjaya menghantar dokumen tersebut, usahawan perlu mengisi borang temu janji Bersama pihak SSM melalui panggilan video call menggunakan aplikasi WhatsApp. Usahawan juga akan menerima emel daripada SSM untuk pengesahan temujanji tersebut. Setelah selesai temujanji tersebut, usahawan boleh membuat permohonan Sijil perniagaan melalui SSM secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali