Pendaftaran SSM

26 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 25 September 2023, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran SSM” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini ialah bersama puan Norwati, salah seorang usahawan di Felda Pasoh 2. Staf PEDi membantu puan Norwati mendaftar ke dalam sistem ezbiz.ssm.com.my untuk mendaftarkan perniagaan beliau.

Setelah berjaya masuk ke dalam sistem tersebut, puan Norwati perlu memasukkan dokumen salinan kad pengenalan, salinan lesen dan gambar. Setelah muat naik dokumen tersebut, usahawan perlu mengisi borang janji temu pengesahan pengguna ezbiz online yang akan dibuat berdasarkan pemilihan tarikh dan pihak SSM akan menghubungi usahawan melalui panggilan Video. Usahawan perlu hadir semula ke PEDi setelah selesai sesi temu janji dengan SSM untuk pendaftaran perniagaan beliau nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali