Pendaftaran Tahun 1 Secara Atas Talian

2 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Jun 2023, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran Tahun 1 Secara Atas Talian” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Pembelajaran kali ini ialah bersama 2 orang ibu yang ingin mendaftarkan anak untuk kemasukan tahun 1 secara atas talian. Staf PEDi memberi garis panduan kepada para ibu untuk mendaftar ke dalam sistem tersebut.

Para ibu diajar dari mula cara untuk mendaftar ke dalam sistem, kemaskini maklumat ibu bapa, maklumat anak, maklumat kesihatan anak dan seterusnya menghantar borang permohonan tersebut. Staf PEDi mengingatkan para ibu untuk membuat semakan sebelum menghantar permohonan tersebut. Setelah selesai penghantaran borang secara atas talian, mereka perlu mencetak borang tersebut untuk dihantar ke sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali