Pendaftaran Tahun 1 Secara Atas Talian

27 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2023, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran Tahun 1 Secara Atas Talian” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Pembelajaran kali ini ialah bersama para ibu yang ingin mendaftarkan anak untuk kemasukan tahun 1 secara atas talian. Staf PEDi memberi garis panduan kepada para ibu untuk mendaftar ke dalam sistem tersebut.

Para ibu diajar dari mula cara untuk mendaftar ke dalam sistem, kemaskini maklumat ibu bapa, maklumat anak, maklumat kesihatan anak dan seterusnya menghantar boring permohonan tersebut. Setelah selesai penghantaran boring secara atas talian, para ibu perlu mencetak boring tersebut untuk dihantar ke sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali