Pendaftaran Touch and Go Ewallet

7 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Ogos 2023, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran Touch and Go Ewallet” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pada kali ini staf PEDi membantu warga emas untuk mendaftar di aplikasi touch and go dan melengkapkan maklumat peribadi serta memasukkan nombor kad touch and go ke dalam aplikasi tersebut. Selain daripada itu, staf PEDi memberi tunjuk ajar cara untuk log in ke dalam aplikasi touch and go dan cara untuk “topup” duit ke dalam aplikasi touch and go. Staf PEDi turut mengingatkan peserta untuk mengingati kata laluan serta menulis kata laluan dan menyimpan kata laluan tersebut di tempat yang selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali