Aktiviti STEM - Tangan Robot

23 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Aktiviti STEM - Tangan Robot” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pada kali ini Staf PEDi membuat aktiviti STEM iaitu Tangan Robot bersama para peserta.

Aktiviti STEM kali ini memerlukan peralatan seperti Kertas warna, gunting, pembaris, straw dan benang. Staf PEDi menunjukkan cara menghasilkan Tangan Robot. Setelah berhasil tangan robot tersebut, peserta boleh menggerakkan tangan robot tersebut dengan menarik setiap benang secara serentak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali