Kemaskini Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

15 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 November 2023, telah diadakan Pembelajaran berkaitan Kemaskini Maklumat Pelajar dalam Sistem Pengurusan Sekolah secara atas talian bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pembelajaran kali ini bersama salah seorang pelajar yang ingin mengemaskini maklumat persekolahan dalam sistem pengurusan Sekolah (SPS).

Staf PEDi memberi tunjuk ajar cara mengemaskini maklumat pelajar seperti alamat, maklumat penjaga dan maklumat kesihatan. Di samping itu, pelajar juga perlu membuat pengesahan pada maklumat yang telah dikemaskini dalam sistem pengurusan sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali