Kelas ICT & STEM Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2

23 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2023, telah diadakan Kelas ICT & STEM Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pembelajaran kali ini terbahagi kepada 3 sesi. Sesi Pertama pembelajaran ICT iaitu “5 magic words”. Staf PEDi memberi penerangan mengenai 5 magic words iaitu “I love You, I am Sorry, Thank you, You’re Welcome dan Please” yang boleh disebut setiap hari kepada semua orang.

Sesi yang ke 2 adalah Aktiviti STEM membuat Telefon Cawan bersama kanak-kanak tabika. Staf PEDi Menunjukkan cara menggunakan telefon cawan, kemudian membuat aktiviti telefon cawan bersama kanak-kanak tabika secara berkumpulan. Sesi yang ketiga adalah sesi Fun with abcya.com dengan permainan puzzle bergambar. Dalam sesi ini, kanak-kanak tabika belajar menggunakan tetikus dan mengenali gambar serta perkataan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali