KDB Talk “Scam Telegram” Dan Taklimat Perkeso

13 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2023, telah diadakan KDB Talk bertajuk “Scam Telegram” Dan Taklimat Perkeso” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pada kali ini sesi KDB talk bersama golongan dewasa. Sesi Pertama staf PEDi memberi penerangan Mengenai Scam telegram. Selain daripada itu, staf PEDi turut memberi penerangan bagaimana cara untuk mencegah telegram di hack daripada Scammer dan langkah yang perlu dilakukan sekiranya telegram di hack oleh scammer.

Pada sesi kedua, wakil dari PERKESO iaitu Cik Roswahida menyampaikan taklimat mengenai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Setelah selesai mendengar penerangan daripada pihak PERKESO, terdapat juga sesi pendaftaran pencarum PERKESO bagi para peserta bersama wakil PERKESO iaitu Encik Aswadi. Pihak PERKESO mengucapkan terima kasih atas kerjasama PEDi untuk sesi taklimat tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali