Karnival Segalanya Felda

28 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2023, telah berlangsungnya Karnival Segalanya Felda bertempat di Dataran Seri Jempol yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar bin Ibrahim. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya senam aerobik, pameran agensi, Jualan Agro Madani, jualan Usahawan Felda, jualan Foodtruck makanan, Pesembahan buskers dan lain-lain. PEDi Kluster Jempol Utara dan Jempol Selatan terlibat dalam pemeran booth bersama MCMC Negeri Sembilan.

Antara aktiviti yang dijalankan di booth MCMC adalah jualan produk-produk usahawan PEDi, Program Klik Dengan Bijak, dan Kaunter aduan MCMC. Di samping itu juga, sesi penyerahan unit Peranti Satelit Starlink pertama kepada Universiti Teknologi UiTM Kuala Pilah oleh YAB Pedana Menteri Dato Seri Anwar bin Ibrahim kepada Timbalan Naib Censelor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Dr Mohd Sazili Shahibi diiringi oleh Menteri Komunikasi dan Digital YB Fahmi Fadzil serta Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din turut diadakan di booth MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali