Pendaftaran Microsoft Skill For Jobs

11 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 September 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Pendaftaran Microsoft Skill For Jobs” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pembelajaran kali ini, staf PEDi membantu peserta untuk mendaftar ke dalam sistem e-latih Microsoft Skill for jobs.

Program Microsoft skills for jobs ini merupakan kerjasama antara Microsoft, Biji-biji Initiative dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membantu dan memperkasakan kemahiran digital. Program ini adalah percuma, terbuka kepada semua golongan termasuk yang tidak mempunyai kemahiran komputer dan e-Sijil akan diberikan selepas tamat kursus. Di samping itu, waktu belajar melalai e-latih adalah fleksibel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali