Sambutan Hari Kemerdekaan ke 66 tahun

8 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 07 September 2023, telah diadakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 66 tahun Tabika KEMAS dan Sambutan Hari Jadi Kanak-Tabika KEMAS bertempat di Tabika Felda Pasoh 2. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. PEDi Felda Pasoh 2 telah mendapat jemputan daripada Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 ke Program sambutan Hari Kemerdekaan ke 66 tahun dan Sambutan Hari Jadi kanak-kanak tabika KEMAS.

Staf PEDi dijemput sebagai pengacara majlis dan menjadi juri bagi pertandingan pakaian kemerdekaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah nyanyian lagu-lagu kemerdekaan, kuiz kemerdekaan bersama ibu bapa dan penjaga, pertandingan pakaian kemerdekaan kanak-kanak tabika, pertandingan pakaian kemerdekaan ibu/bapa/penjaga kanak-kanak tabika, sesi pemotongan kek hari jadi dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali