Aktiviti KDB Di Program Hari Sukan Negara SK Pasoh 2

14 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Oktober 2023, telah diadakan Aktiviti KDB iaitu Permainan Dadu Bertuah bertempat di Sekolah Kebangsaaan Felda Pasoh 2. Sesi KDB ini berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Pada kali ini, Pihak PEDi telah mendapat undangan daripada pihak sekolah untuk satu Sesi Aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB) bersempena dengan Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah bagi tahun 2023. Staf PEDi telah memberi penerangan mengenai cara permainan Dadu Bertuah.

Di samping itu juga, staf PEDi turut memberi penerangan mengenai tajuk-tajuk KDB seperti Buli Siber, Scammer, Berita Palsu, Body Shaming, Online Games dan Over Sharing. Setiap pelajar yang berjaya menjawab soalan, akan diberikan hadiah. Para Pelajar juga seronok bermain permainan yang dianjurkan. Bersesuaian dengan tema Hari Sukan Negara pengisian program KDB juga berbentuk Pendidikan dan permainan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali