Kemaskini Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

8 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 07 November 2023, telah diadakan Pembelajaran berkaitan Kemaskini Maklumat Pelajar dalam Sistem Pengurusan Sekolah secara atas talian bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Pembelajaran kali ini bersama salah seorang penjaga yang ingin mengemaskini maklumat persekolahan anak.

Penjaga belajar cara daftar masuk ke dalam sistem pengurusan sekolah dan cara-cara mengemaskini maklumat anak-anak yang bersekolah. Di samping itu, penjaga juga perlu membuat pengesahan pada setiap maklumat anak yang telah dikemaskini dalam sistem pengurusan sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali