KDB Talk “Tohmahan Siber”

20 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2023, telah diadakan KDB Talk bertajuk “Tohmahan Siber” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi KDB Talk ini berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pada kali ini, staf PEDi memberi penerangan mengenai maksud tohmahan Siber. Selain daripada itu, staf PEDi turut memberi penerangan bagaiman tohmahan siber boleh berlaku dan kesan kepada individu yang melemparkan tohmanan kerana tohmahan tersebut boleh dirakam, disimpan dan berada atas talian selamanya.

Di samping itu juga, peserta diberi contoh-contoh kes tohmahan siber dan kesan kepada individu yang melemparkan tohmahan tersebut. Terdapat jual sesi soal jawab bersama peserta dan staf PEDi mengenai topik Tohmahan siber. Setelah selesai sesi KDB Talk, sesi KDB puzzle games bersama peserta bagi memberi keseronokan da kefahaman mengenai topik KDB.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali