Tiktok Affiliate

13 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2023, telah diadakan sesi Pembelajaran mengenai “Tiktok Affiliate” secara atas talian di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran bermula dari 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran adalah berkaitan cara untuk mendaftar sebagai tiktok affiliate, meletakkan barang yang ingin dijual daripada seller lain ke dalam tiktok shop Affiliate.

Selain daripada itu, tiktok affiliate juga boleh mohon sample barang secara percuma kepada seller untuk mempromosikan barang di tiktok Shop affiliate. Di samping itu juga, peserta belajar cara untuk membuat video menggunakan templates yang telah disediakan oleh tiktok atau video yang dihasilkan sendiri mengikut kreativiti tiktok affiliate.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali