KDB Talk Mengenai “Terlebih Kongi”

26 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2023, telah diadakan sesi KDB Talk Mengenai “Terlebih Kongi” di saluran Tiktok Live. Sesi live ini bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.30 tengah hari. Sesi Live KDB Talk ini telah disampaikan oleh staf PEDi kepada pengguna tiktok yang lain. Staf PEDi memberi penerangan mengenai maksud Terlebih Kongsi. Selain daripada itu, Staf PEDi memberi penerangan mengenai perkara atau maklumat peribadi yang tidak perlu dikongsi terutamanya di laman sosial.

Di samping itu juga, staff PEDi turut menerangkan risiko-risiko yang akan berlaku sekiranya pengguna internet terlebih kongsi maklumat peribadi antaranya menjejaskan reputasi, kecurian identiti, perbandingan sosial, kecurian harta benda, acaman keselamatan dan lain-lain. Pengguna tiktok juga dinasihatkan supaya membuat semakan di bahagian ketetapan privasi di mana pengguna boleh membenarkan orang tertentu sahaja untuk melihat maklumat dan gambar di sosial media.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali