Typing Test & Quizizz Games untuk Tahun 1 2 & 3

22 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Typing Test & Quizizz Games untuk Tahun 1 2 & 3” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini, staf PEDi memberi latihan typing test kepada peserta bagi memastikan peserta mahir dengan penggunaan papan kekunci.

Selain daripada itu, peserta juga bermain Quizizz online berkaitan pengetahuan dan teka teki untuk memberi keseronokan kepada pelajar belajar melalui internet dan bersaing secara sihat bersama rakan-rakan yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali