Sistem Pengurusan Tanah Atas Talian

19 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 jun 2023, telah diadakan sesi pembelajaran Sistem Pengurusan Tanah atas Talian melalui aplikasi Whatsapps. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.30 petang hingga 5.00 petang. Staff PEDi membantu waris peneroka yang memerlukan pertolongan bagi mengisi borang pengurusan tanah secara atas talian melalui aplikasi Whatsapps. Staf PEDi membantu dengan memberitahu langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh waris untuk mengisi segala maklumat yang diperlukan oleh sistem e-Tapp.

Di samping itu, staf PEDi turut memastikan waris jelas dengan arahan dan perkara yang waris perlu lakukan pada bahagian-bahagian borang tersebut serta sentiasa mengingatkan peserta untuk semak dan simpan dokumen untuk Salinan waris. Staf PEDi sentiasa komited dalam membantu komuniti samada secara bersemuka atas melalui pembelajaran secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali