Program Cakna Komuniti Digital Dan Pelancaran Combi Belia

14 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2024, NADI Felda Pasoh 2 dan NADI Sungai Lui telah mewakili NADI Kluster Jempol Utara ke Program Cakna Komuniti Digital dan Pelancaran Combi Belia bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Serting Ilir. Program bermula dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan senam aerobik, Soccer Kid Challenge, PKD Briskwalk, Jualan Usahawan, pameran agensi-agensi, pocket talk, exploracekidz kenali ubat anda dan Pelancaran COMBI belia. NADI telah menyampaikan tajuk mengenai “Cakna Website, Jangan Klik” kepada pengunjung yang hadir. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Nor Rumaizah binti Nordin, Pegawai Epidemiologi Pejabat Kesihatan Daerah Jempol.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali