Program Murid Fasih Digital Sksl Bersama Nadi @ Advokasi Cakna Website, Jangan Klik Di Sekolah Kebangsaan Sungai Lui, Jempol

17 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2024, NADI Felda Pasoh 2 dan NADI Sungai Lui telah mennerima jemputan daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Lui bagi Program Murid Fasih Digital SKSL Bersama NADI @ Advokasi Cakna Website, Jangan Klik Di Sekolah Kebangsaan Sungai Lui, Jempol. Program bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah ceramah mengenai “Pengenalan Pusat Sebaran Malklumat Nasiaonal (NADI)” yang disampaikan oleh Puan Farazihan, Pengurus NADI Felda Sungai Lui dan Ceramah mengenai “Cakna Website, Jangan Klik” disampaikan oleh Puan Nuryatul, Pengurus NADI Felda Pasoh 2. Disamping itu, terdapat juga permainan Dadu bertuah KDB dan teka suka kata KDB yang dikendalikan oleh staf NADI. Terdapat juga sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang permainan KDB. Terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Lui atas Kolaborasi bersama NADI untuk menjayakan program.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali