Kemaskini Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Secara Atas Talian

18 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2024, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Kemaskini Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Secara Atas Talian” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Staf NADI membantu peserta untuk kemaskini permohonan Tahun 1. Peserta perlu kemaskini maklumat terkini berkaitan tempat tinggal dan maklumat anak. Setelah itu, peserta perlu mencetak borang permohonan tersebut untuk tujuan penghantaran borang permohonan tersebut kepada pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali