Pendaftaran Bantuan Warga Emas N9 Digital

24 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2024, NADI Felda Pasoh 2 telah membantu warga emas berumur 70 tahun ke atas untuk pendaftran bantuan warga emas Negeri Sembilan. Sesi pendaftaran bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11. 00 pagi. Antara maklumat yang diperlukan untuk sesi pendaftaran adalah kad pengenalan, nombor akaun dan salinan semakan daftar pengundi.

Untuk makluman semua, kerajaan Negeri Sembilan telah memberikan inisiatif kepada warga Negeri Sembilan bagi menghubungkan rakyat, peniaga dan kerajaan secara digital, termasuklah bantuan warga emas yang berumur 70 tahun ke atas. Permohonan tersebut perlu dibuat secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali