Program Komuniti Jiwa Madani & Jelajah Anms Parlimen Jempol

7 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 06 dan 07 Julai 2024, telah berlangsungnya Program Komuniti Jiwa Madani dan Jelajah Agenda Malaysia sihat (Parlimen) Jempol bertempat nie Dewan Semai Bakti Raja Alias 02. Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang program berjalan antaranya Jualan Nismilan dan jualan rahmah, saringan kesihatan, Program Taklimat Agensi, Pertandingan mewarna, Pameran agensi, Fun Wak Hari Peneroka Felda dan lain-lain.

Petugas NADI terlibat di booth MCMC dan telah menjalankan aktiviti Klik dengan Bijak (KDB) dan menyampaikan informasi berkaitan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Antara aktiviti yang dijalankan di booth MCMC antaranya Permainan fizikal seperti Roda Impian KDB, Cari yang sama, Puzzle KDB dan Celik Rimba. Selain itu, terdapat juga permainan atas talian, iaitu Crossword KDB, Match Up KDB, Anagram KDB dan Jigsaw Puzzle KDB. Di samping itu, terdapat juga jualan produk-produk usahawan di bawah NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali