Bantuan Warga Emas Negeri Sembilan

15 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2024, telah diadakan sesi pembelajaran Bantuan Warga Emas Negeri Sembilan di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Pada kali ini staf NADI membantu peserta bagi pendaftaran permohonan bantuan Warga Emas Negeri Sembilan. Staf NADI memberi garis panduan kepada peserta untuk mendaftarkan warga emas secara atas talian. Selain daripada itu, peserta perlu muat naik dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum membuat penghantaran borang tersebut secara atas talian.

Kembali Ke Atas

kembali