Kemaskini Maklumat Sistem Pengurusan Murid

19 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Kemaskini Maklumat Sistem Pengurusan Murid” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang.

Staf NADI membantu peserta untuk kemaskini maklumat anak dalam sistem pengurusan murid. Peserta perlu log masuk ke dalam sistem dan kemaskini maklumat ibu bapa atau penjaga, maklumat anak yang bersekolah dan alamat tempat tinggal semasa anak. Setelah itu, peserta perlu buat pengesahan maklumat tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali