Bantuan Warga Emas Negeri Sembilan

22 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2024, telah diadakan sesi pembelajaran Bantuan Warga Emas Negeri Sembilan di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pada kali ini staf NADI membantu peserta bagi pendaftaran permohonan bantuan Warga Emas Negeri Sembilan. Staf NADI memberi garis panduan kepada peserta untuk mendaftarkan warga emas secara atas talian. Selain daripada itu, peserta perlu muat naik dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum membuat penghantaran borang permohonan tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali