Program Kursus Pertanian Fertigasi Meja bersama PPDK Pasoh 2 & 3

15 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2023, PEDi terlibat dalam Program Kursus Pertanian Fertigasi Meja Bersama Ppdk Pasoh 2 & 3” bertempat di PPDK Pasoh 2 & 3. Sesi ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pada kali ini PEDi mendapatkan jemputan daripada PPDK Pasoh 2 & 3 untuk turut serta dalam kursus pertanian fertigasi meja. Dalam Kursus ini peserta diberi taklimat mengendalikan fertigasi meja, kaedah – kaedah menjaga fertigasi, cara membaja tanaman dan sukatan air serta practikal cara fertigasi meja dilaksanakan. Para peserta belajar membuat bancuhan baja dan cara penaman sayur-sayuran. Dikesempatan ini, PEDi mengucapkan terima kasih kepada pihak PPDK Pasoh 2 & 3 atas jemputan kursus ini dan semoga dapat bekerjasama dalam program yang akan datang.

Kembali Ke Atas

kembali