Mobile Editing part 1

20 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari 2024, telah diadakan pembelajaran “Mobile Editing Part 1” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi ini berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Pada kali ini, staf PEDi memberi garis panduan kepada peserta untuk menghasilkan video menggunakan telefon pintar melalui aplikasi capcut. Pada permulaan, peserta perlu melakarkan pada kertas tema penghasilan video dan sususan perjalan jalan cerita video supaya memudahkan peserta untuk menghasilkan video. Para peserta belajar cara memasukkan perkataan, transaksi pergerakan dari satu gambar ke gambar yang lain, cara memasukkan aminasi tulisan dan cara memasukkan dan memindahkan gambar mengikut susunan video tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali