Kemaskini SSM dan Pendaftaran Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)

26 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Februari 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Kemaskini SSM dan Pendaftaran Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.00 petang hingga 5.00 petang.

Staf PEDi membantu peserta untuk kemaskini SMM dalam sistem ebizz untuk mendapatkan sijil SSM yang terbaru dan maklumat syarikat. Di samping itu, staf PEDi membantu peserta membuat pendaftaran permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) secara atas talian dan melengkapkan maklumat yang diperlukan oleh sistem TUNS.

Kembali Ke Atas

kembali