Pendaftaran Tahun 1 Secara atas Talian

6 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Jun 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran Tahun 1 Secara Atas Talian” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Staf NADI membantu peserta dalam pendaftaran murid tahun 1 bagi sesi 2025. Peserta belajar cara untuk mendaftar ke dalam sistem, melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti maklumat ibu, bapa atau penjaga, maklumat kesihatan anak dan maklumat anak. Setelah lengkap, pemohon perlu memilih sekolah pilihan untuk anak dan membuat penghantaran borang. Kemudian peserta perlu mencetak borang dan perlu dihantar ke sekolah.

Kembali Ke Atas

kembali