Program Cashless Society & Program Jiwa Komuniti MADANI

8 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Jun 2024, telah diadakan Program Cashless Society dan Program Jiwa Komuniti MADANI anjuran NADI Sungai Lui dengan kerjasama MCMC, FELDA dan Jabatan Penerangan Jelebu. Program ini dijalankan di NADI Sungai Lui bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti senamrobik, pemerikasaan kesihatan, Aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB), pertandingan mewarna dan pembukaan booth agensi PERKESO, bank serta pelbagai jualan yang menggunakan menggunakan pembayaran secara tanpa tunai. Di Samping itu, Penerangan Jelebu turut membawa Komuniti MADANI dan sesi Live mengenai NADI. Untuk Pengetahuan semua, projek Rintis Cashless Society ini bertujuan membudayakan pembarayan tanpa tunai dalam kalangan masyarakat luar bandar menerusi pameran dan aktiviti program. Turut hadir Encik Mohd Taufiq Zabidi,Penolong Pengarah MCMC Negeri Sembilan. Selain daripada itu, terdapat sesi cabutan bertuah kepada 50 peserta terawal dan cabutan bertuah untuk 3 grand prize bagi berserta yang berbelanja melebihi daripada RM 20.00 ringgit ke atas. Terima kasih kepada seluruh komuniti Felda Sungai Lui dan Komuniti Orang Asli Sungai Lui, MCMC, FELDA, JAPEN Jelebu dan NADI lain yang turut menjayakan program ini.

Kembali Ke Atas

kembali