Pendaftaran Sistem Pengurusan Tanah (MYETAPP)

9 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Jun 2024, telah diadakan sesi pembelajaran Pendaftaran Sistem Pengurusan Tanah (Myetapp) di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Staf NADI memberi garis panduan kepada peserta cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru MyeTapp. Setelah Berjaya membuat pendaftaran, Staf NADI menunjukkan cara untuk mengisi dan melengkapkan borang A. Peserta perlu memastikan maklumat waris dan harta alih serta harta tak alih lengkap dan tepat.

Kembali Ke Atas

kembali