Kemaskini Sistem Pengurusan Tanah (MYETAPP)

10 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Jun 2024, telah diadakan sesi pembelajaran Kemaskini Sistem Pengurusan Tanah (Myetapp) bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Staf NADI memberi garis panduan kepada peserta untuk kemaskini maklumat waris dan harta tak alih serta harta alih dalam sistem MyeTapp. Setelah selesai membuat kemaskini, peserta boleh menghantar borang tersebut dan mendapatkan nombor rujukan untuk pemohonan pengurusan tanah tersebut. Setelah itu, peserta perlu menghantar segala dokumen yang diperlukan oleh MyeTapp ke Pejabat Tanah sebelum tempoh tamat.

Kembali Ke Atas

kembali