Pendaftaran Tahun 1 Secara atas Talian

23 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran Tahun 1 Secara Atas Talian” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang.

Staf NADI membantu peserta bagi pendaftaran murid darjah 1 bagi tahun 2025. Peserta belajar cara untuk mendaftar ke dalam sistem, melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti maklumat ibu, bapa atau penjaga, maklumat kesihatan anak dan maklumat anak. Setelah lengkap, pemohon perlu memilih sekolah pilihan untuk anak dan membuat penghantaran borang. Kemudian peserta perlu mencetak borang untuk dihantar ke sekolah.

Kembali Ke Atas

kembali