Pendaftaran Budi MADANI

24 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2024, NADI Felda Pasoh 2 telah membantu 2 orang warga emas bagi pendaftran BUDI MADANI untuk subsidi diesel secara one off. Sesi pendaftaran bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11. 00 pagi. Antara maklumat yang diperlukan untuk sesi pendaftaran adalah kad pengenalan, nombor akaun, maklumat kenderaan dan tarikh tamat roadtax kereta.

Untuk makluman semua, BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Kembali Ke Atas

kembali