Perkhidmatan Kaunter Tabung Haji (TH) Bergerak di NADI Felda Pasoh 2

21 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mac 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Perkhidmatan Kaunter Tabung Haji Bergerak di NADI Felda Pasoh 2” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Perkhidmatan kaunter Tabung Haji bermula pada jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Tabung Haji adalah pembukaan akaun Tabung Haji berjumlah RM 2.00, THiJari (Perbankan atas talian), kemaskini profil akaun, penyimpanan duit, TH Khairat, Penama Tabung Haji, Pendaftaran Haji dan semakan akaun Tabung Haji. Turut hadir Ts. Tuan Tahir bin Musa Pengarah MCMC Negeri Sembilan di NADI Felda Pasoh 2. Beliau turut mendengar penerangan mengenai THiJari dan TH Khairat daripada Puan Nurliyana binti Haji Khairudin, Pengurus Tabung Haji Jelabu. Disamping itu, pihak Tabung Haji Jelebu turut menyampaikan cenderahati kepada Ts Tuan Tahir bin Musa, Pengarah MCMC Negeri Sembilan. Terima kasih kepada pihak Tabung Haji Jelebu di atas perkhidmatan dan cendarahati kepada NADI Felda Pasoh 2 dan NADI Felda Pasoh 3.

Kembali Ke Atas

kembali