Kelas ICT & STEM bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2

23 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2024, telah diadakan Kelas ICT & STEM Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pembelajaran kali ini terbahagi kepada 3 sesi. Sesi Pertama pembelajaran ICT iaitu “Sesi Suai Kenal dan Modul Jom Kenal Komputer”. Staf NADI memperkenalkan diri kepada kanak-kanak tabika dan kanak-kanak juga memperkenalkan diri mereka. Di samping itu, kanak-kanak juga diperkenalkan dengan monitor, papan kekunci, tetikus, dan alat pembesar suara.

Sesi yang ke 2 adalah Aktiviti STEM “Lukisan Magik”. Antara bahan yang digunakan adalah kertas, pensil warna, pen marker, plastik lut sinar, cawan lut sinar dcan air. Dalam aktiviti ini staf NADI menunjukkan bagaimana lukisan kertas dalam plastik lut Sinar hilang apabila dimasukkan kedalam air. Hal ini terjadi disebabkan pantulan cahaya di dalam air.

Sesi yang ketiga adalah sesi Games Kelapa Bahu Lutut. Dalam permainan ini, kanak-kanak perlu fokus mendengar arahan dan perlu merebut cawan daripada pasangan masing-masing. Selain daripada itu, Sesi kuiz mengenai peralatan komputer turut dijalankan untuk menguji sama ada kanak-kanak kenal atau tidak dengan peralatan komputer dan kanak-kanak yang berjaya menjawab dengan betul diberikan hadiah.

Kembali Ke Atas

kembali